
Hari ini Ain nak share tentang testimoni buku FTR mengenai satu kisah yang berlaku pada Puan Ina (bukan nama sebenar). Beliau merupakan pembaca Formula Tarik Rezeki atau lebih dikenali sebagai buku FTR #BacaBacaSentap.
Testimoni Buku FTR : Ex-husband Bayarkan Tunggakan Kereta
Berbalik pada cerita Puan Ina ni, beliau berkongsi selalu sangatlah bertekak je ngan ex-husband.
Ditakdirkan Allah, suatu hari ketika beliau dalam kesempitan, ex-husband yang selalu jadi tempat bertekak ini lah yang datang bantu. Lagi syahdu, siap boleh tolong bayarkan tunggakan kereta.
Subhanallah. Allah yang gerakkan semua.
Tidak bergerak satu zarah pun dalam dunia ini, tanpa izinNya.
Sebenarnya, apa yang berlaku…
Nak tau full ceritanya tak?
“Segan la nak cite sebenarnye. Walaupun tak konsisten amalkan task FTR tapi nampak kesannye. Selalu saya buat (#formulaFTR) pada bekas suami. Alhamdulillah urusan dengan dia jadi mudah. Kalau tak asyik panas dan nak bertekak aje. Tak sangka Allah jadikan dia perantara untuk saya lunaskan tunggakan kereta. 😭
Dia sanggup jual basikal dia untuk bayarkan kereta yang tertunggak 😭😭.
Saya tak pernah mintak pun kat dia.Saya cakap saya hutang dulu, nanti bonus ganti semula.
Sekali dia cakap tak payah bayar. Dia halalkan.Tunggakan 3 bulan kak. RM1300.
Dah selesai dah😭Baru-baru ni pun dia ade beri duit belanja tetibe kat saya. Pagi tu buat (formula FTR) macam yang diajar. Pastu ade jumpa rm1 dalam kocek terus saya masuk dalam tabung sedekah. Tengah hari tu dia datang beri saya rm100 kakg😭…Untuk belanja katanye.

Jadi…Berbaloi Tak Untuk Pelaburan Buku FTR?
Jadi, alang-alang beliau dah cerita. Kami pun tanya beliau, berbaloi tak pelaburan beli buku FTR nih?
Jawab beliau ringkas,
Berbaloi sangat. Mase nak beli tu kena hasut la dengan setan. Jangan beli dulu, buku ni mahal.
Same aje buku ni dengan yang lain-lain. Sekali dah dapat bace merah-merah pipi rase kena tampar. Padan muka aku🤦🏻♀”
Buku FTR Ini Buku Apa?

Buat kawan-kawan yang baru pertama kali singgah di blog Ain, inilah buku FTR yang Ain ceritakan. Ia adalah sebuah buku yang mengajak pembaca kembali pada Allah. Ia bukanlah buku agama, yang mengandungi ayat-ayat panjang dan sukar untuk di fahami. Sebab kalau buku camtu, Ain sendiri pun ‘liat’ gak nak membacanya heeee. Yelah, kerana ia memerlukan kefahaman ilmu agama yang tinggi. Silap hari bulan, kalau tersalah faham boleh terpesong akidah kan.
Ain sendiri telah memiliki dan mendalami ilmu FTR sejak tahun 2017. Ilmu yang dipelajari dari buku Formula Tarik Rezeki (FTR) ini, InsyaAllah telah membantu Ain dan ramai pembaca lain yang mengamalkannya untuk:
- Fahami konsep sebenar rezeki
- Kenal Yang Maha Memberi Rezeki, jadi lebih mudah nak tarik rezeki datang.
- Cara mudah dan praktikal selesaikan masalah hutang.
- Punca-punca rezeki sempit yang mungkin kita tak sedar
- … dan banyak lagi mengajak orang lain melakukan kebaikan
Ada yang bertanya pada Ain,
Ini buku rezeki kah? Apa beza dengan buku FTR ini dengan buku-buku tentang rezeki di luar sana?
Ain ada tuliskan satu post khas untuk soalan ini,
Dari kisah Puan Ina tadi, belajar sesuatu?
Perasan tak, apabila hati kita tengah gundah gulana, stress, sales pun sendu semacam. Hidup tak tenang, itu yang jadi nak bergaduh dan bertekak je..Betul tak?
Dalam hidup kita ini samada dalam bisnes atau rumahtangga, perkara utama yang nak kena jaga adalah #HATI.
Sebenarnya, hati resah bila kita jauh dari Allah.
Maknanya, apabila kita alami kerunsingan dalam hidup perkara pertama kena perbaiki dulu adalah hubungan dengan Allah, hati dan jiwa tenang, itulah rahsia rezeki datang melimpah.
Itulah yang Ain belajar dari buku FTR, Formula Tarik Rezeki yang telah dimiliki oleh lebih 20 ribu pembaca.
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang buku FTR ini, boleh tekan link ini. InsyaAllah Ain akan bantu ya.