Skip to main content

Aku Mahu Seoulmate

By October 29, 2020November 21st, 2020BACA BUKU3 min read
aku mahu seoulmate

Pernah baca novel Siri Travelog Seoul? Ia mengandungi 3 tajuk bersiri iaitu “Aku Mahu SeoulMate”, “Aku Mahu Seoul Sister” dan “Aku Mahu Seoulvivor”.

Jalan cerita sangat menarik dan santai. Mengisahkan tentang dua orang gadis yang ‘tidak ngam’ pada mulanya ditakdirkan mendapat peluang untuk pergi ke Korea. Fazura dan Ina, dua dua asyik bergaduh saja antara satu sama lain. Namun makin lama mereka makin rapat.

Aku Mahu SeoulMate

Tanpa disangka, insiden Ina dan Farah ke kedai produk kosmetik menemukannya dengan jejaka Korea, Kim Soo Hyun. Walaupun sekadar signage, renungan tajam aktor popular itu cukup membuatkan Ina tidak keruan memuja aktor pujaan.

Apabila Pusat Sumber Sekolah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah berupa tiket ke Korea, Ina tidak lepas peluang. Tuah menyebelahinya, dia berjaya menang. Namun, dia perlu ke sana bersama seorang lagi pemenang yang tidak diduga.

Seluruh Sri Bangsar kecoh dan riuh! Fazura, ahli The Wannababes yang paling gedik di dunia menang peraduan berunsurkan buku?

Aku Mahu Seoul Sister

SPM sudah melabuhkan tirai. Kini masanya mengetahui keputusan yang mendebarkan! Antara Farah Aryani dan Shazarina, dua sekawan itu sama-sama cemerlang. Namun Anugerah Bintang Sri Bangsar iaitu gelaran pelajar cemerlang hanya dikhususkan khas buat seorang! Menerima penajaan penuh ke pengajian tinggi, sebentuk kerongsang emas serta pakej percutian untuk dua orang ke Seoul, Korea.

Maka, masing-masing mendambakan ganjaran yang begitu lumayan, hingga sanggup berbuat apa sahaja! Di Korea nanti, pelbagai perancangan memori manis mahu dicipta bersama. Menggantungkan anak mangga yang tertulis nama FaraIna di Menara Namsan. Selfie di Taman Yeouido dengan latar belakang bunga sakura. Boleh berjalan-jalan di Gangnam bagi melihat sendiri lokasi artis K-Pop ‘dikilangkan’

Aku Mahu Jadi Seoulvivor

Sambutan hari lahir dibuat di Seoul, Korea. Oh… bukan calang-calang remaja yang dapat menikmati kehebatan sebegitu. Ibu bapa memberi kejutan, malah sudi menaja segalanya.

Sazzy The Wannababes tidak menyangka, itu hadiah buatnya. Menginap hotel mewah… malah bakal duduk kerusi VIP bagi menghadiri Seoul Fashion Week. Kemungkinan besar dapat bertemu artis-artis K-POP. Oh, hebatnya jika ada G-Dragon!

Paling seronok, Sazzy diberi kepercayaan melancong bersama sahabat seusia. Maka tentunya ahli The Wannababes yang jadi teman pilihan bagi menikmati segala kehebatan.

Malangnya sebaik sampai… pemandu teksi membawa dua remaja terus ke ceruk kampung dan bukannya ke Seoul. Lebih menakutkan, mereka dikejar samseng jalanan. Habis pakaian, dokumen daftar hotel dan pasport dicuri dalam sekelip mata!

Percutian merangkap sambutan hari lahir Sazzy terus berubah jadi satu ekspedisi menyelamatkan diri dan nyawa. Mereka perlu bertahan di Seoul dalam keadaan sehelai sepinggang, sekeping duit pun tiada!

Mampukah Sazzy susah di negara orang pada kala selama ini hidupnya senang-lenang? Sememangnya kisah travelog ini mendebarkan… mengundang sakit jantung, pinggang, dan pankreas! Bacalah novel Aku Mahu Jadi Seoulvivor hingga ke muka surat terakhir bagi mengetahui jawapannya!

Bagi yang berminat boleh terus KLIK LINK DISINI – Untuk mendapatkan NOVEL TRAVELOG SEOUL segera!

Leave a Reply

error: Content is protected !!