Skip to main content

Selamat Tinggal Purnama – Buku Terbaru Teme Abdullah

By October 23, 2020November 21st, 2020BACA BUKU2 min read
selamat tinggal purnama

Alhamdulillah, buku terbaru Teme Abdullah “SELAMAT TINGGAL PURNAMA” kini berada di pasaran!

selamat tinggal purnama

Bagi anda mereka yang berminat untuk mendapatkannya, tetapi sukar untuk mencarinya di kedai, maklumlah sekarang kan jarak perjalanan sungguh terhad memandangkan kita dalam mode PKPP, anda boleh dapatkannya sekarang secara online di sini.

Strain #1 – Selamat Tinggal Purnama

selamat tinggal purnama teme abdullah

Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul ‘kredit’ yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.

Artis terkenal itu ada segalanya – wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.

Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada ‘artis terkenal’ yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.

Hidupnya berubah dari saat itu.

Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams. Kim Jonghyun. Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.

Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.

Strain #2

selamat tinggal purnama teme abdullah

Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.

Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.

*****

Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.

Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini – Teme Abdullah.

Bukanlah Tulisan Pertama Teme Yang Menjentik Emosi

Buku yang mengandungi 202 & 360 muka surat ini diterbitkan secara rasmi pada Mar 2020. Part of reviews dari peminat-peminat Teme Abdullah yang sudah ulang puluh kali baca buku ini 🙂

BERAPA HARGA BUKU NI?

Harga Kombo : RM64
Pengendalian & Penghantaran : PERCUMA untuk 50 copies.
Jumlah : RM60.00

So, beli, jangan tak beli 🙂 Boleh beli secara online di bawah… . Kalau beli secara online, first 50 copies ada diskaun istimewa (KLIK SINI )🙂

Ada pertanyaan boleh hubungi melalui wasap di www.wasap.my/60192104948

Leave a Reply

error: Content is protected !!