Skip to main content

5 Rahsia Langsai Hutang Cepat Walaupun Baru Berniaga

By April 4, 2020November 21st, 2020INFO4 min read
rahsia langsai hutang

Ramai antara kita yang menderita akibat dari bebanan hutang yang banyak. Dalam masa yang sama, ada tanggungjawab yang perlu ditanggung untuk kelangsungan hidup. Nak harapkan gaji, jumlah yang lebih kurang sama diterima setiap bulan sedangkan komitmen perbelanjaan semakin hari semakin meningkat.

Apatah lagi, dengan isu COVID-19 yang melanda sekarang ini, ada yang diberhentikan kerja, cuti tanpa gaji dan tidak dibenarkan keluar rumah. Bagi orang bsines pula, semua perniagaan terpaksa dihentikan operasi. Projek dibatalkan, kedai ditutup dan banyak bisnes mengalami kemerosotan teruk.

Strategi Langsai Hutang Cepat

Salah satu dari impian semua orang, termasuk saya adalah dapat langsaikan hutang yang terbeban di bahu dengan cepat. Alhamdulillah, setelah 5 tahun menjalankan bisnes secara full-time, hampir 40% hutang saya telah dapat diselesaikan. Inilah yang dikatakan rezeki apabila kita bersungguh-sungguh nak usaha untuk langsai hutang . Berikut adalah antara apa yang saya akan lakukan untuk tujuan perniagaan dan  tutup lubang hutang. Anda juga boleh melakukannya samada masih bekerja ataupun berbisnes.

1. JANGAN LARI DARI BAYAR HUTANG

Banyaknya kesilapan orang, meraka lari dari hutang. Bila lari dari hutang percayalah anda akan rasa lebih tertekan. Belajar untuk berhadapan dengan hutang-hutang yang anda ada. Sekiranya hutang dengan bank, terus ke bank untuk berunding. Sekiranya tak dapat jalan penyelesaian, teruslah ke AKPK untuk dapatkan jalan penyelesaian. Sekiranya berhutang dengan kenalan, terus terang dengan mereka. Mohon buat bayaran ansuran. Serahkan hati-hati mereka pada Allah. Dan berusahalah untuk langsai hutang, dengan bayaran minima dahulu.

2. SENARAIKAN HUTANG ANDA

Ada masa memang takut nak tulis. Betul. Saya pun begitu suatu masa dulu. Sebabnya takut nak terima kenyataan betapa banyaknya hutang kan? Jangan takut. Tulis dan susun untuk selesaikan satu persatu bermula dengan hutang yang terkecil hingga hutang paling banyak yang anda perlu selesaikan. Masukan juga maklumat bank seperti no akaun dan nama akaun, jumlah hutang, jumlah yang telah di bayar dan status seperti berikut

 ‘in progress’,

‘not started / belum mula bayar’, 

‘Paid / selesai’

Apabila anda senaraikan mengikut turutan, fikiran jadi lebih tenang dan boleh fokus untuk mencari jalan bagaimana nak langsai hutang tersebut. Menggunakan teknik ini sahaja, alhamdulillah pelbagai ‘amanah kecil’ yang telah dapat saya langsaikan. Dalam waktu yang sama juga, saya akan turut perhatikan strategi dan kaedah lain yang mungkin dapat langsai hutang besar dengan lebih cepat.

3. SEDEKAH

Pesan guru saya, apabila kita kita tak ada apa-apa (baca susah / short kewangan), pada masa itu lah kita kena banyakkan sedekah. Ramai yang jawab,

“Duit 1 sen pun tak ada macam mana nak sedekah?”

“Nak makan diri sendiri pun tak ada, macamana nak sedekah pulak”

Keajaiban akan muncul apabila kita di puncak tawakal yang mengharap ihsan dari tuhan bukan yang selainnya. Pasti!
Ilmu yakin dan iman kena paling tinggi dengan pertolongan Allah.

Begini, apabila kita takda duit belajar untuk ssedekah kebaikan.

Nak bayar hutang RM850. Sedekahlah 85 ringgit jika ada.  Jika takda 8.50 pun boleh atau 85 sen. Jika takda langsung,  niatkan sedekah apa jua kebaikan dengan niat Allah selesaikan segala kesulitan kita hari itu.

Lihatlah kudrat diri sendiri, masih boleh berjalan, berlari. Kita masih sihat bertenaga. Jadi sedekahkan dengan tenagamu. Pergi ke masjid-masjid untuk mencuci. Tahfiz-tahfiz. Rumah anak yatim. Semuanya sedang menunggu bantuan dari anda 🙂

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Al-Baqarah 2:261)

Ayat di atas Allah JAMIN ROI (Return Of Investment) atau keuntungan sebanyak 700 kali ganda (70,000%)

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Oleh itu, setiap orang perlu yakin dan percaya bahawa amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka, bukan sahaja dapat langsai hutang dengan lebih cepat, mereka yang mantap amalan sedekahnya akan mendapat sanjungan di bumi serta didoakan para malaikat.

4. NAK LANGSAI HUTANG – AMALKAN DOA INI

Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya:

“Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”

5. AMALKAN FORMULA TARIK REZEKI (FTR)

Dalam buku Formula Tarik Rezeki (FTR) dikongsikan oleh penulis 3 cara paling cepat untuk langsaikan hutang. Formula yang pertama sekali adalah Formula 0 : Sifar Hutang yang mengupas lanjut tajuk HUTANG. Dan juga di kongsikan satu FORMULA istimewa SIFAR HUTANG.

Di dalam buku ISTIMEWA FTR, ada di terangkan cara utk kita ikhtiar bayarkan hutang mengikut pembahagian dalam pendapatan.

Dan dalam Jurnal Impian FTR. Satu persatu formula dan cara kira-kita diberikan untuk menyelesaikan hutang dengan paling afektif

“Langsai Hutang Dalam Masa Setahun…”

…Alhamdulillah. Sekarang saya hidup tenang tanpa berhutang”.

“Dapat Langsaikan Hutang RM4K Dalam Masa Sebulan…”

…dan 3 lagi impian tercapai ikhtiar dari ilmu Formula Tarik Rezeki”.

“Hutang RM5000 Settle…”

nak tahu apa amalan yang Tuan ni buat..klik tengok gambar di bawah”.

Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk mencari jalan langsai hutang dengan cepat!

3 kisah ini hanyalah satu dari beribu kisah pembaca-pembaca buku Formula Tarik Rezeki yang kini telah mencecah 20,000 orang. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai buku ini, klik di sini dan kita jumpa di sana!

Sumber: FTR Akademi

Leave a Reply

error: Content is protected !!