Skip to main content

7 Tips Nak Melembutkan Hati Anak

By October 17, 2020November 21st, 2020TERAPI DIRI3 min read
doa melembutkan hati anak

“Ya Allah! Stressnya dengan perangai anak yang degil ni! “😪😪

“Ya Allah! Macam mana nak buat kerja ni.
Bersepah-sepah sana sini” 😩😩

Pernah tak berada dalam situasi ni? Aku selalu lah jugak. Yelah mak anak 3 ni bukanlah boleh tahan sabar tahap dewa. Ada masa, aku pun boleh jadi rimau.

Baik. Relax. Aku cuba tenang dan pujuk diri sendiri sambil tahan nafas.☺️☺️

Korang buat apa bila marah?

Salah satu terapi aku bila stress dan marah adalah basuh baju. Siapa gelak aku cubit. Bila dengar air mencurah-curah keluar kot paip mesin basuh tu, hati aku automatik reset. Jadilah aku semula mak penyayang bukan mak rimau.

Jadi sebab masih ada sisa kemarahan tadi aku pun turunlah kononlah nak g laundry baju,sekali hari tu semua baju dah basuh dan elok di ampaian..aku tak ada apa nak di basuh.

Pinggan periuk apa semua pun aku dah kemas awal-awal pagi sebelum baby bangun. Bilik air pun baru je anak-anak aku cuci semalam. arghhh..oklah aku buat keputusan nak basuh dinding rumah pulak.

Ok..aku tipu yang basuh dinding rumah tu.

Aku masuk bilik study. Tenung rak buku pastu ambil buku 121 Formula Tarik Rezeki. Buku ini aku beli masa tahun 2018.

Tahun lepas, aku dapat cabutan bertuah buku FTR edisi baru. Jadi secara rasminya aku ada 2 buku FTR setebal 500++ ms ni.

Aku pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam. Masa tu tangan aku pegang buku dan bila aku buka, kena pada tajuk ini “Ibu Bapa Yang Suka Nak Marah-Marah”. Formula Pelengkap 31.

Hmm..macam kena jer.

Aku bacala line by line. Kata penulis, kita sebagai ibu bapa adalah orang dewasa yang matang dan boleh bezakan yang baik dan buruk. Anak-anak kita yang masih kecil, belum matang dan belum baligh pun lagi.

Mengapa yang matang perlu marah kepada yang tak matang?

Setiap hari mak ayah ada baca doa dan buat amalan melembutkan hati anak-anak tak?

Aku terus terbayang muka anak-anak aku.

Dalam buku ini, ada di kongsikan 7 tips mudah serta doa melembutkan hati anak-anak kita supaya sentiasa behave dan berperangai yang menyejukan jiwa.

Sebab aku rasa ia berguna untuk panduan aku dan semua mak-mak kat dunia ini, aku tulis sini supaya tak lupa.

#1. Sedekah Al-Fatihah (الفاتحة) untuk anak-anak kita

  • Baca Al Fatihah setiap hari khas untuk anak-anak. Sebut nama mereka satu persatu agar Allah sentiasa mengurniakan akhlak yang baik.

#2. Zikir Ya Latiff. (يا لطيف)

  • Allah yang Maha Melembutkan Hati. Setiap kali masak dan basuh beras boleh sambil zikir Ya Latiff sambil menghayati maksudnya.

3. Amalkan membaca Ayat 1-5 Surah Toha.
Surah Toha ini sangat berkesan dalam pembentukan akhlak dan disiplin anak-anak. Aku terus tulis sini sebab boleh terus baca. Kalian jangan lupa baca bismillahirrahmanirrahim.

1.طه
2.مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى
3.إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
4.تَنزِيلا مِّمَّنْ خَلَقَ الأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى
5.الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

#4. Baca Doa Nabi Daud Melembutkan besi.
Pernah dengar kan kisah Nabi Daud. Baca doa ini setiap hari sambil membayangkan muka anak-anak, inshaAllah lembut hati anak-anak kita.

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”.
Ertinya: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi”

#5. Baca Ayat 19 daripada Surah Syura.

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Ertinya : Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada yang di kehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

#6. Selalu basahkan lidah dengan Zikir 3 Serangkai ini.

Ya Aziz (يا عزيز) – Maha Perkasa.
Ya Jabbar (يا جبار) – Maha Pemaksa.
Ya Mutakabbir (يا متكبر) – Maha Memiliki Segala Kebesaran.

7. Amalkan selalu Selawat Syifa’ dan melazimi Selawat Tafrijiyyah.
Kalian boleh buka Youtube dan pasang selawat ini bagi anak-anak dengar.

Aku harap berjaya istiqomah membaca selawat dan doa melembutkan hati anak-anak ini. Sekiranya rasa bermanfaat, silakan share laju-laju dan amalkan dalam kehidupan kita.

Ingatan buat diri kami yang selalu alpa dalam mendidik amanah Allah ni. 😢

Insan Yang Lemah
Mama kepada 3 orang cahayamata Soleh dan Solehah Anugerah Ilahi.

Join the discussion One Comment

error: Content is protected !!