
Jika anda adalah seorang yang gemar membaca buku-buku terbitan Karya Publika yang bergenre misteri atau seram, buku-buku ini khas untuk anda kerana buku-buku ini adalah buku terbaru terbitan Karya Publika.
.
Terdapat 3 naskah buku terbitan Karya Publika yang bertajuk :-
1. Jalan Puaka
2. Dendam Berbunga Cinta
3. Misteri Nyi Roro Kidul
Jalan Puaka – Satu Perjalanan Yang Mengerikan
Hayati yang kerasukan dibawa suaminya, Faris dan adiknya Ahmad untuk berubat di rumah Ustaz Omar. Malang apabila laluan biasa kesesakan hingga memaksa mereka menggunakan jalan lama. Detik pertama mereka mengharungi jalan tersebut, satu persatu gangguan yang menyeramkan melanda hingga kereta yang dinaiki terhumban ke dalam curam. Masing-masing terperangkap tiada jalan keluar, Lebih menggerunkan sesuatu bersifat kejam sedang memburu nyawa mereka di situ! Siapa yang terselamat dan siapa pula yang bakal menjadi santapan penunggu jalan lama itu? …

Dendam Berbunga Cinta
Kematian kedua orang tua Rina telah menghidupkan semangatnya untuk membalas dendam kematian mereka. Dia menjadi pelakon handalan di pentas dunia demi melaksanakan dendam kesumatnya. Rina telah meletakkan dirinya di dalam kancah hidup yang penuh dengan dendam. Orang Kaya Bakar adalah dalang pembunuhan yang tragis itu namun Rina perlu mendapat bukti yang sahih. Rina telah menghancurkan institusi kekeluargaan di dalam keluarga Orang Kaya Bakar… bersambung
Misteri Nyi Roro Kidul
Nyi Roro Kidul dipercayai ratu ghaib penguasa Laut Selatan. Paras cantiknya digambarkan sebagai makhluk jahat yang sedia meminta korban sesiapa sahaja pelanggar pantang dan larangan di Pantai Selatan, tetapi ada juga anggapan bahawa Ny Roro Kidul merupakan penguasa ghaib yang sedia menjaga tanah Jawa lebih-lebih lagi Yogya dengan bala kekuatannya. Banyak versi yang menerangkan tentang jati diri Ny Roro Kidul. Ada yang mengatakan Ny Roro Kidul merupakan keturunan-keturunan Raja Airlangga dari Kahuripan termasuk Raja Kediri Jayabaya. Ada pula cerita mengatakan bahawa Ny Roro Kidul merupakan puteri mahkota Kerajaan Galuh yang pernah hidup pada abad ke-13.
Teruja membaca sinopsis buku ini bukan sahaja kepada penulis tapi malah turut dirasai oleh pembaca buku-buku ini. Anda boleh dapatkan buku-buku ini di Adeena.com.my Versi ni ada diskaun tau sebuah.