Skip to main content

Ar-Rahiq Al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah

By October 3, 2022BACA BUKU1 min read

Karya tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w ini dikarang oleh Syeikh Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri dari Universiti As-Salafiyyah, India.

Karya ini diangkat sebagai johan dalam pertandingan antarabangsa mencipta buku sirah Nabi Muhammad s.a.w. anjuran badan kebajikan Islam, Rabitah Al-Alam Al-Islami di Persidangan Islam Asia Pertama pada tahun 1978.

Berlandaskan kecintaan beliau terhadap Baginda s.a.w., biografi lengkap ini ditulis dengan hasil kajian terperinci daripada sumber yang sahih sahaja.

Melalui penulisan yang lengkap dan padat, penulis membawa pembaca merasai sendiri setiap momen kehidupan Rasulullah s.a.w.

Daripada detik kelahiran, perjalanan kehidupan Baginda, fasa penyebaran dakwah, fasa hijrah ke Madinah, perihal peperangan, fasa perjanjian damai, sehingga detik terakhir Baginda s.a.w. bersama umatnya dan alam dunia.

Rahiq Makhtum, sebuah berkongsian tentang diri seorang Rasul Allah s.a.w. daripada seorang umat yang mengharap pengampunan daripada Allah s.w.t. dan syafaat daripada nabi-Nya.

Ada di ADEENA BOOKCAFE, kedai buku online.

Klik: Ar-Rahiq Al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah Hardcover

Leave a Reply

error: Content is protected !!